Saturday, October 16, 2010

'Antara keperluan dan kemahuan'

Hidup saya sentiasa dikelilingi dengan keperluan dan kemahuan..
arini bos xde..hehe..so saya pilih untuk buat perkara kemahuan saya..


Tuesday, October 12, 2010

MaSiH LaGi 'Transit'


Saya tidak tahu kenapa dan mengapa saya menyukai perkataan 'Transit'..

Mungkin sebab ini..>
Saya setuju dengan kenyataan ini. Saya tidak pernah bercinta dan istilah 'percintaan masa lampau' itu tidak tepat digunakan untuk situasi saya. Saya selalu berdoa agar Allah tidak menjadikan untuk saya 'transit' itu, sebaliknya terus menyampaikan saya kepada 'destinasi sebenar'.

Namun Maha Hebat Allah dalam setiap perencanaanNya..telah ditakdirkanNya saya melalui satu 'transit' sebelum saya sampai ke 'destinasi'...satu keadaan yang hadir secara tiba2 dan mengejutkan tanpa sebarang persediaan...pahit untuk ditelan, Dia saja yg mengetahui...


Namun jika direnungkan kembali sebuah 'kapal terbang' yang terbang jauh tanpa melalui 'transit' akan mengalami ketidaksempurnaan kerana kurangnya 'selenggaraan' dan 'rehat'. Saya ibarat kapal terbang itu, transit yang saya lalui adalah pengalaman dan pengajaran yang tidak mungkin saya perolehi jika terbang tidak henti2 terus ke destinasi...


Dengan melalui transit itulah saya mengetahui apa yang tidak saya ketahui, dengan melalui transit itulah saya menjumpai apa yang saya tak cari, dengan melalui transit itulah kekuatan terbina dalam diri sendiri, dengan melalui transit itulah saya bersedia untuk terbang lagi....dan saya tidak tahu apakah ada lagi transit untuk saya selepas ini sebelum sampai ke destinasi...Hanya Dia yg Maha Mengetahui yang tahu...
  .


'Transit'

Emh, saya perlu menExplore dunia blog pula kali nie..MenCari NUR bagai satu wadah mencari dan menyampai ilmu.